AIA : Anak Itu Amanah

Anak itu amanah. Kau tahu yang segala di dunia dan di akhirat ini milik Allah swt? Ya, maka anak kita juga milik Allah swt. Anak itu amanah dan tanggungjawab yang Allah swt kurniakan kepada kita. Ikhlaskah kau menjaga amanah Allah swt? Ikhlaskah kau melaksanakan tanggungjawab kau pada Allah swt? Jika kau ikhlas, adakah kau berkehendakan balasan dari anak itu atau dari Allah swt? Kau tahu apa itu ikhlas? Ya, ikhlas tidak berkehendakan balasan. Kau cinta pada Allah swt? Tentu kau mahu melakukan yang terbaik pada yang tercinta. Maka anak itu tentu akan kau belai, jaga, didik dan sayang dengan sempurna kerana dia amanah Allah swt yang kau cinta. Sebagai ibu bapa tanggungjawab kita adalah menjaga amanah Allah swt dengan ikhlas. Janganlah menganggap anak kita sebagai satu pelaburan. Di mana segala yang kita berikan pada mereka, kita mengharapkan pembalasan. Ikhlaskah kau menyusukan anakmu? Ikhlaskah kau memberinya makan dan minum? Ikhlaskah kau memberinya ilmu? Ikhlaskah setiap sen yang kau beri untuk menyara keperluannya? Kau tahu setiap susu, makan, minum, wang dan tenaga itu juga milik Allah swt? Ikhlaskah kau melaksanakan tanggungjawabmu ke atas amanah Allah swt itu?Ikhlaslah laksanakan tanggungjawabmu ke atas amanah Allah swt! Sesungguhnya redha Allah swt itu lebih mulia.Janganlah kau meletakkan pengharapanmu pada manusia kerana hanya Allah swt yang Maha berkuasa ke atas segala sesuatu.

Comments

Popular Posts