Dajal Kau Si Mata Satu!

Musnah, rosak dan hancur kerana dajal itu. Matanya hanya satu tetapi menjadi perhatian utama segala bentuk individu. Dajal itu menjadi sahabat perempuan itu, dia mungkin si ibu atau si isteri, segala cerita yang baik dan buruk dikongsi. Dajal itu menjadi teman seorang lelaki, dia si ayah atau si suami, meluangkan masa bersama melakukan apa yang digemari. Dajal itu menjadi kawan si anak, menjadi penghibur dari siang ke malam, mengisi segala kekosongan dijiwa dan diminda. Musnahnya keluarga kerana semua terleka ditinggalkan masa. Rosak binasa jiwa yang kelam dikaburi keseronokkan dunia. Hancurlah segala membawa bencana memberi merana dimana-mana. Dajal inilah yang kau tatap, sehingga kau lupa pada tanggungjawab pada mereka yang lebih bermakna amanah dari Yang Maha Esa.

Comments

Popular Posts